suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umpan nak periksa ketulenan emas 2 kg di hotel, wanita nyaris maut jadi mangsa rompakan bersenjata

Pemeriksaan ketulenan emas dilakukan sebelum urusan jual beli antara kedua-dua pihak. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita nyaris maut selepas ditahan dan didera penjenayah dalam satu kejadian rompakan bersenjata ketika mahu menjual emas seberat dua kilogram.

Kejadian berlaku pada 23 November, apabila mangsa dan suspek pada awalnya bersetuju melakukan urus niaga jual beli emas di Pancoran, Jakarta Selatan, Indonesia sebelum lokasi pertemuan ditukar.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah bilik hotel di Cengkareng, Jakarta Barat, kononnya untuk pemeriksaan ketulenan emas.

Ketika pemeriksaan berlangsung, empat suspek tiba-tiba menyerang mangsa dengan menekup mulut sebelum melekatkan pita pelekat. 

Salah seorang daripada mereka turut cuba menikam wanita itu sebelum mangsa bertindak melawan.

Ketua Polis Metro Jakarta Barat, Kombes Nasriadi memberitahu pada Jumaat, walaupun mangsa selamat, kumpulan suspek terbabit berjaya melarikan emas seberat dua kilogram milik wanita berkenaan.

Dalam pada itu, dua daripada suspek cuba melarikan diri dengan bertindak nekad terjun dari tingkat dua hotel berkenaan, sebelum tindakan mereka dipatahkan oleh petugas keselamatan yang menahan mereka di lokasi.

Polis kemudian menahan dua suspek di lokasi kejadian, manakala dua lagi masih diburu.

Seorang lagi individu turut ditahan kerana dipercayai berperanan menghantar dan mengambil salah seorang suspek.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan setiap individu, mengesan dua suspek masih bebas serta menjejaki emas yang dilarikan dan jumlah kerugian mangsa. -Agensi

Artikel Lain