PENYANYI Ayu Ting Ting menafikan dakwaan melakukan suntikan pemutih untuk mendapatkan kulit cerah, sebaliknya mengakui hanya mengamalkan penjagaan kulit di rumah menggunakan sabun mandian.Ayu atau Ayu Rosmalina, 34, berkata perubahan penampilannya itu adalah hasil penggunaan sabun berkenaan yang turut membantu melembapkan kulit selain memberikan bau harum.Menurutnya, dia jarang mendapatkan rawatan kecantikan di klinik kerana lebih selesa melakukan penjagaan kulit sendiri di rumah.Ayu hanya menggunakan sabun mandi untuk pemutih wajah. “Ramai yang mengatakan kami melakukan suntikan pemutih, sedangkan kami hanya menjaga kulit di rumah menggunakan sabun itu.“Saya lakukan di rumah sahaja. Kalau mendapatkan rawatan di luar, kosnya agak tinggi. Bagi Ayu, yang penting adalah sabun mandian untuk kulit,” katanya.Ayu berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu dalam program YouTube Raditya Dika.ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting bangga anak fasih bahasa Inggeris, dah tak risau nak melancong luar negaraARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting siap ‘booking’ saf dalam masjid, keluarga dapat layanan istimewa jemaah DepokDalam pada itu, Ayu berkata dia mula mengetahui mengenai sabun berkenaan menerusi anaknya, Bilqis Khumairah Razak.Menurutnya, sabun kerang yang digunakan itu perlu disapu ke seluruh badan dan dibiarkan selama lima hingga 10 minit sebelum dibilas.“Saya tahu mengenai sabun itu daripada Bilqis, jadi Ayu pun menggunakan sabun kerang.“Sabun itu membuatkan kulit lebih cerah, harum semerbak dan yang paling penting, kulit menjadi lembap serta tidak kering. Kulit kita jadi sihat,” ujarnya.TONTON VIDEO PILIHAN!