VIDEO pertandingan lumba jalan kaki melibatkan atlet cilik mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila keputusan perlumbaan itu didakwa tidak adil dan menimbulkan persoalan mengenai ketelusan pemilihan pemenang.Menerusi video itu, seorang kanak-kanak berbaju biru dilihat mendahului saingan sebelum dipintas oleh seorang lagi peserta berbaju oren.Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa pelumba berbaju oren berkenaan jelas melanggar teknik dan peraturan asas acara lumba jalan kaki. Mengikut peraturan rasmi, peserta mesti memastikan sekurang-kurangnya satu kaki sentiasa menyentuh tanah pada setiap masa tanpa terangkat dari permukaan.Selain itu kaki yang melangkah ke hadapan juga perlu diluruskan sejak saat pertama menyentuh tanah sehingga berada dalam kedudukan menegak.Bagaimanapun, pelumba berbaju oren itu didakwa melanggar peraturan, malah dilihat seperti berjoging kerana kedudukan kakinya yang terangkat.Lebih membuatkan netizen sakit hati, pelumba berbaju oren itu didakwa diumumkan sebagai pemenang acara berkenaan.Taufiq minta penganjur beri penjelasan mengenai isu tular itu.Susulan itu, warga maya menuntut agar keputusan pertandingan tersebut dibatalkan atau disemak semula bagi memberi keadilan kepada peserta lain.Video perlumbaan itu dikongsi di aplikasi Threads sehingga ia menerima lebih 3.4 juta tontonan.Video tular itu turut meraih perhatian Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari yang meminta penganjur dan panel hakim agar memberi penjelasan terbuka mengenai kes berkenaan."Saya dah tengok video lumba jalan kaki 800 meter di Junior Development Programme (JDP) Siri 3, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), 14 November lalu. "Saya faham rasa terkilan ibu bapa. Penjelasan terbuka daripada penganjur dan panel hakim amat wajar. Atlet dan ibu bapa berhak untuk tahu bagaimana keputusan itu dibuat," ujarnya menerusi Threads pada Ahad.Dalam perkembangan lain, Taufiq berkata dia akan bertemu pihak Olahraga Malaysia dalam masa terdekat untuk memperkukuh latihan dan kompetensi pegawai teknikal."Half Marathon Race Walk dipertandingkan di Sukan SEA 2027, dan pegawai kita mesti bersedia," tulisnya lagi.